Cari:
Pegawai Filipina Diundang Pengerusikan Mesyuarat Isu Laut China Selatan pada Mei
2017-03-29 15:06:37 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China telah mengundang pegawai Kementerian Luar Filipina untuk mengadakan lawatan ke China pada Mei depan dan bersama-sama dengan pihak China untuk mempengerusikan mesyuarat kali pertama berhubung mekanisme rundingan bilateral isu Laut China Selatan China-Filipina.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunyin berkata demikian dalam sidang media di Beijing pada 28 Mac lalu.

Sebelum ini, jurucakap Kementerian Luar Filipina menyatakan bahawa negaranya dan China dijadualkan akan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu Laut China Selatan pada bulan Mei tahun ini.

Mekanisme itu diwujudkan atas persepakatan yang telah dicapai dalam rundingan diplomatik China-Filipina ke-20 yang telah diadakan pada Januari lalu.

Tambah Hua, kedua-dua pihak kini sedang mengadakan rundingan berhubung dengan perincian jadual mesyuarat nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China