Cari:
Pasukan Tentera China-Malaysia Bersedia Perkasakan Kerjasama
2017-03-30 15:15:22 CRI Cetak
Pasukan tentera China bersedia untuk bekerjasama dengan Malaysia untuk melaksanakan konsensus pemimpin China-Malaysia dalam usaha memperkasakan hubungan tentera kedua-dua negara, meningkatkan rasa saling mempercayai, meningkatkan kerjasama pragmatik dan menggalakkan interaksi demi menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan Pusat China, Xu Qiliang berkata demikian ketika mengadakan rundingan dengan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Hishammuddin, kemakmuran Malaysia bukan sahaja berkait rapat dengan China, bahkan rantau ini.

Pasukan tentera Malaysia berhasrat untuk memperkasakan interaksi dan kerjasama dengan China dan menghantar mesej jelas tentang persahabatan Malaysia-China kepada dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China