Naib Menteri Luar China,Liu Zhenmin dan Setiausaha Negara Kementerian Kewangan Kemboja, Vongsey Vissoth mempengerusikan Pertemuan Setiausaha Agung Mesyuarat ke-4 Jawatankuasa Penyelaras Kerajaan China-Kemboja di Kemboja 28-29 Mac lalu.
Kedua-dua pihak menyanjung tinggi kemajuan yang tercapai dalam hubungan bilateral pada tahun lalu, selain bersepakat untuk meningkatkan pertukaran dan penyelarasan bagi merealisasikan konsensus peringkat tinggi kedua-dua negara, melancarkan koordinasi yang bersifat strategik dalam pembangunan dan mendorong perkongsian strategik komprehensif demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Selain itu, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk meningkatkan koordinasi dan komunikasi dalam rangka mekanisme China-ASEAN dan Sungai Lancang-Mekong.
Pihak China akan menyokong Kemboja memikul tanggungjawab sebagai negara pengerusi kerjasama Lancang-Mekong dan bersama-sama menyumbang kepada perkongsian strategik China-ASEAN secara menyeluruh.