Cari:
Penerbangan Tanpa Henti Manila-Hainan Bakal Dibuka
2017-03-30 11:49:08 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menurut akhbar Business Mirror Filipina, provinsi Hainan, China dengan beberapa wilayah Filipina akan menjalinkan kerjasama yang lebih luas dalam industri pelancongan melalui inisiatif "Satu Jalur dan Satu Laluan" (B&R).

Agensi pelancongan dan syarikat penerbangan terbabit sedang membincangkan rancangan untuk menawarkan penerbangan tanpa henti antara Hainan dengan Manila pada ketika ini.

Chen Yibo, Naib Setiausaha Persatuan Pelancongan provinsi Hainan menyatakan bahawa inisiatif B&R dipercayai akan membantu merancakkan pembinaan prasarana dan pembangunan industri pelancongan di negara-negara yang terlibat.

Tambah beliau, sama seperti laluan penerbangan Hainan-Phnom Penh dan laluan penerbangan Hainan-Singapura yang telah beroperasi baru-baru ini, pembukaan laluan penerbangan langsung dari Manila ke Hainan diyakini akan menggalakkan peningkatan jumlah pelancong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China