Song Yu, ketua pengarah BJTA berkata, Beijing yang kaya dengan warisan budaya merupakan pusat kebudayaan China.
Kota Larangan, Tembok Besar, Siheyuan sentiasa menarik kedatangan ramai pengunjung dari dalam dan luar negara.
Beliau berharap agar kerjasama dalam sektor pelancongan antara Beijing dengan Malaysia semakin meluas pada masa depan bagi memberikan lebih banyak peluang kepada warga Malaysia untuk melancong dan belajar di Beijing.