Cari:
Najib Ditemui Naib Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan Pusat China
2017-03-30 11:39:02 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditemui Naib Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan Pusat China, Xu Qiliang di Kuala Lumpur petang semalam.

Menurut Najib, hubungan Malaysia-China mempunyai makna yang penting.

Kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang politik, ekonomi dan perdagangan serta sosiobudaya amat berhasil.

Malaysia menyokong dan mengambil bahagian dengan aktif dalam pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Dalam pada itu, projek kerjasama yang melibatkan pelabuhan, landasan kereta api, kapasiti industri dan ekonomi digital berjalan dengan lancar.

Tambah beliau, Malaysia mementingkan hubungan tentera kedua-dua negara. Malah, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pertukaran lawatan peringkat tinggi antara tentera sering dijalankan dan kerjasama pragmatik terus diintensifkan.

Selain itu, terdapat banyak kemajuan telah berjaya dicapai dalam pertukaran tenaga kerja profesional, latihan modal insan, lawatan kapal tentera laut, rondaan bersama, dan industri serta perdagangan ketenteraan.

Malaysia berharap meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang pertahanan untuk bersama menggalakkan kedamaian, keselamatan dan kemakmuran serantau.

Dalam pertemuan itu, Xu Qiliang pula berkata, China bersedia untuk bersama-sama dengan Malaysia menggalakkan pembinaan inisiatif B&R demi manfaat rakyat kedua-dua negara, di samping berusaha untuk menyumbang kepada kedamaian dan kemakmuran serantau.

China juga amat memberikan perhatian kepada hubungan tentera kedua-dua pihak, bersedia untuk meningkatkan rasa saling mempercayai, dan mengintensifkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.

Sebelum pertemuan itu, Xu Qiliang telah menghadiri majlis sambutan yang dihoskan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kemudian, kedua-dua pemimpin itu telah mengadakan perbincangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China