Cari:
China Yakin Projek HSR Jakarta-Bandung
2017-03-31 14:33:10 CRI Cetak

Projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung merupakan projek utama dalam kerjasama pragmatik China-Indonesia secara menyeluruh.

China berkeyakinan penuh terhadap operasi projek tersebut.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam.

Lu berkata, setelah selesai dibina nanti, landasan itu bukan sahaja akan menjadi landasan HSR yang pertama di Indonesia, bahkan di Asia Tenggara.

Tambah beliau, kini, kedua-dua pihak sedang mengadakan rundingan tentang kontrak projek tersebut secara terperinci dan perjanjian pembiayaan yang akan ditandatangani tidak lama lagi.

Kedua-dua pihak telah menunjukkan sikap yang meyakinkan dalam kerjasama bilateral tersebut.

Perusahaan dan institusi kewangan kedua-dua negara merupakan rakan kerjasama yang rapat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China