Song Yu, Ketua Pengarah BJTA berkata, sebagai pusat pendidikan dan pusat sains di China, Beijing kaya dengan sumber pelancongan yang sentiasa menarik kedatangan para pengunjung dari negara asing untuk melancong sambil belajar.
Beijing mempunyai sebanyak 91 buah universiti, 1,630 buah sekolah rendah dan menengah, 171 buah muzium awam dan lebih 450 buah muzium swasta.
China International Travel Service Co, Ltd, Beijing (CITS-BJ) telah menandatangani perjanjian strategik dengan beberapa agensi pelancongan Indonesia dalam sesi promosi tersebut.
Sesi promosi kali ini turut diserikan dengan kehadirian Atase Kebudayaan China ke Indonesia, Zhou Bin dan Naib Ketua Setiausaha Persekutuan Bandar Pelancongan Sedunia (WTCF), Yan Han.