Cari:
Sidang Tahunan Majlis Perniagaan Bersama Malaysia-China Diadakan
2017-04-02 14:51:55 CRI Cetak

Majlis Perniagaan Malaysia-China(MCBC) dan Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) mengadakan Sidang Tahunan Majlis Perniagaan Bersama Malaysia-China 2017 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Kedua-dua pihak menandatangani lagi perjanjian kerjasama "penaiktarafan" selepas 15 tahun, dan bersama-sama menyaksikan Suruhanjaya Malaysia Majlis Perniagaan Jalan Sutera secara rasmi ditubuhkan yang akan berperanan menyediakan lebih banyak peluang pelaburan dan perdagangan kepada perusahaan Malaysia.

Perjanjian kerjasama itu termasuk kedua-dua pihak menandatangani memorandum kerjasama undang-undang komersial untuk meningkatkan mekanisme kerjasama timbang tara antara kedua-dua negara, memperkasakan kerjasama dan interaksi dalam bidang perkhidmatan undang-undang, menubuhkan mekanisme interaksi dan perkongsian, mengadakan lawatan rombongan ekonomi dan perdagangan antara satu sama lain, serta membina platform runding dan dialog untuk kalangan industri dan perniagaan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China