Cari:
Thailand Berikan Subsidi kepada Golong Berpendapatan Rendah
2017-04-04 13:10:49 CRI Cetak

Pendaftaran permohonan subsidi kerajaan untuk golongan berpendapatan rendah bermula di Thailand Isnin lalu. Kerajaan akan memperuntukkan THB17.5 bilion (kira-kira RM2.25 bilion). Dijangka seramai 15 juta orang akan memohon subsidi itu.

Pemohon subsidi ini perlu memenuhi syarat seperti berikut: warganegaraan Thailand, berumur 18 tahun ke atas, hilang kerja atau berpendapatan kurang daripada THB100 ribu (kira-kira RM12 ribu) pada tahun 2016, keluasan rumah tidak melebihi 100 meter persegi atau keluasan pangsapuri tidak melebihi 35 meter persegi, tanah pertanian bagi petani tidak melebihi 1.6 hektar.

Sejumlah 8.37 juta orang mendaftar untuk memohon subsidi itu pada tahun lalu, antaranya 7.7 juta orang yang memenuhi syarat berkenaan berjaya memperoleh subsidi. Orang yang berpendapatan kurang dariapda THB30 ribu (kira-kira RM3860) memperoleh bantuan sebanyak THB3000 (kira-kira RM386).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China