Cari:
Projek HSR Jakarta-Bandung Dilaksanakan
2017-04-05 11:45:45 CRI Cetak

Kontrak Kejuruteraan, Pemerolehan dan Pembinaan (EPC) Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung, yang diusahakan bersama oleh korporat China dan Indonesia telah ditandatangani di Jakarta semalam. Ini menandakan projek yang merupakan hasil awal dalam inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) memasuki fasa pelaksanaan yang menyeluruh.

Penandatanganan kontrak EPC ini disaksikan oleh Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng dan Ketua Staf Jabatan Presiden Indonesia, Teten Masduki.

Teten Masduki berkata, HSR Jakarta-Bandung merupakan peristiwa yang penting dalam kerjasama Indonesia-China. Indonesia mengambil masuk teknologi HSR dari China dianggap satu kemajuan dalam pengangkutan kereta api di Indonesia dan satu inovasi dalam pembangunan industri pengangkutan negara itu.

Duta Besar Xie Feng pula berkata, projek HSR Jakarta-Bandung ini merupakan hasil daripada inisiatif B&R. Kedua-dua pihak China dan Indonesia akan bersama-sama menanggung risiko dan berkongsi manfaatnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China