Menurut akhbar Philippine Star, Presiden negara itu, Rodrigo Duterte ketika menyampaikan ucapan baru-baru ini menyatakan bahawa memulihkan semula hubungan dengan China adalah keputusan yang betul kerana China telah membuka semula pasarannya terhadap Filipina.
Menurutnya, China telah mengenakan sekatan import terhadap hasil pertanian Filipina khususnya pisang semasa pemerintahan Benigno Aquino III. Setelah Duterte melawat China, hubungan yang baik telah dibina antara kedua-dua negara. China berjanji untuk melaburkan USD10 bilion kepada Filipina dan membatalkan sekatan import hasil pertanian dari negara itu.