Cari:
Forum Kerjasama China-Singapura Ke-3 Diadakan
2017-04-06 11:41:01 CRI Cetak

Forum Kerjasama China-Singapura ke-3 anjuran bersama Pusat Wee Kim Wee Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Syarikat Kumpulan Sirui Berhad telah diadakan di Singapura baru-baru ini. Para peserta telah membincangkan trend pembangunan negara-negara yang terlibat dengan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21, pengubahsuaian dasar ekonomi, pelaburan, dan masa depan korporat di negara-negara berkenaan.

Pengarah Pejabat Kajian Sosiobudaya Asia Pasifik Akademi Sains Sosial China, Xu Liping dalam forum tersebut telah berkongsi pandangan beliau terhadap kaitan antara Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 dengan Asia Tenggara. Menurut beliau, ada peluang kerjasama dalam lima aspek bagi negara-negara Asia Tenggara, iaitu kapasiti pengeluran, maritim, sumber tenaga, kesalinghubungan, dan kemanusiaan.

Para peserta juga telah memberikan cadangan masing-masing untuk mempergiat pelaksanaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China