ASEAN perlu memperkasakan kerjasama dengan China kerana kedua-dua pihak mempunyai banyak kepentingan bersama.
Wakil Tetap Singapura ke ASEAN, Tan Hung Seng menyatakan demikian ketika bersama-sama Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu mempengerusikan mesyuarat ke-18 Jawatankuasa Kerjasama Bersama China-ASEAN di Jakarta, ibu negara Indonesia semalam.
Kata beliau, negara-negara ASEAN menganggap pembangunan China bersesuaian dengan kepentingan negara-negara serantau. Mereka mengalu-alukan China memainkan peranan yang lebih aktif untuk mendorong kestabilan, pembangunan dan kemakmuran serantau.
Tambah beliau lagi, memandangkan kebangkitan fahaman perlindungan dan sentimen anti-globalisasi, ASEAN memerlukan kerjasama yang lebih kukuh dengan China untuk menaiktarafkan tahap integrasi serantau.
Di samping itu, ASEAN berharap dapat mempercepat proses rundingan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif serantau dengan China dan negara-negara berkaitan.