Cari:
Laluan Penerbangan Quanzhou-Cebu Beroperasi
2017-04-11 15:19:44 CRI Cetak

Pesawat MF8001 yang membawa 152 orang penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jinjiang, bandar Quanzhou, provinsi Fujian China menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan-Cebu, Filipina semalam, yang menandakan laluan penerbangan tanpa henti Quanzhou-Cebu telah mula beroperasi.

Dimaklumkan, laluan penerbangan yang dikendalikan oleh Xiamen Airlines itu menyediakan perkhidmatan penerbangan ulang alik dua kali seminggu, iaitu setiap hari Isnin dan Jumaat.

Konsul Besar Filipina ke Xiamen, Julius Flores menyanjung tinggi peranan laluan penerbangan itu dalam menggalakkan interaksi antara kedua-dua tempat.          

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China