Cari:
Lepasan Jurusan Bahasa Negara ASEAN Jadi Rebutan
2017-04-11 15:55:41 CRI Cetak

Pertandingan Kemahiran Berbahasa Thai dan Vietnam diadakan di Sekolah Perantau China Guangxi semalam.

Acara yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan dan Jabatan Sumber Manusia Guangxi, China itu menarik penyertaan hampir 500 peserta dari lebih 90 buah kolej vokasional.

Naib Dekan Institut Pengajian Bahasa dan Budaya Asia Tenggara, Universiti Etnik-etnik Guangxi, Qin Xiuhong memaklumkan bahawa pada tahun lalu, hampir 70% lepasan jurusan bahasa minor mendapat peluang untuk bekerja di pelbagai syarikat multinasional di China, Vietnam, Thailand, Kemboja, Indonesia dan lain-lain dengan gaji yang memuaskan.

Menurut statistik Jabatan Pendidikan Guangxi, terdapat lapan buah universiti di Guangxi yang telah membuka jurusan bahasa minor termasuk bahasa Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Melayu, Thai dan Vietnam bagi memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China