Menurut Biro Statistik Filipina, jumlah perdagangan import dan eksport Filipina mencatat USD24.144 bilion pada Januari dan Februari lalu, meningkat 16.4% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.
Antaranya, jumlah perdagangan antara Filipina dengan China mencecah USD3.526 bilion, meningkat 21.9%. China telah menjadi rakan perdagangan terbesar, sumber import terbesar dan destinasi eksport keempat terbesar bagi Filipina.