Cari:
Malaysia Beli 22 Lagi Tren Buatan China
2017-04-12 14:00:01 CRI Cetak

Syarikat Lokomotif Zhuzhou CRRC China menandatangani kontrak dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia yang melibatkan penjualan 13 tren hibrid dan 9 tren laju kepada Malaysia. Sebahagian tren daripadanya akan dibina di Malaysia.

Seawal tahun 2014, Syarikat Lokomotif Zhuzhou CRRC telah menyelidik kereta api jenis tolok meter (metre gauge) yang berkelajuan paling tinggi di dunia.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, dengan program kerjasama yang telah dijalankan sebelum ini, produk dan perkhidmatan yang disediakan Syarikat Lokomotif Zhuzhou CRRC telah mendatangkan banyak kemudahan kepada penduduk tempatan. Syarikat usaha sama yang ditubuhkan kedua-dua pihak juga menawarkan banyak peluang pekerjaan, di samping membantu menjana pembangunan ekonomi tempatan.

Sejak memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2010, Syarikat Lokomotif Zhuzhou CRRC telah menubuhkan dua buah anak syarikat dan sebuah syarikat usaha sama di Malaysia. 80% daripada staf di syarikat berkenaan ialah orang tempatan. Kadar ini disasarkan melebihi 95%.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China