Cari:
China, Vietnam Intensifkan Kerjasama Strategik Komprehensif
2017-04-18 12:10:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Mesyuarat Jawatankuasa Bimbingan Kerjasama Bilateral China-Vietnam ke-10 yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh telah diadakan di Beijing pada 17 April lalu.

Yang Jiechi berkata, kedua-dua negara perlu berusaha untuk memastikan kejayaan pertukaran lawatan pemimpin yang dijadualkan pada tahun ini, di samping menaik taraf kualiti dan tahap kerjasama pragmatik dua hala.

Pham Binh Minh menyatakan bahawa negaranya amat mementingkan kerjasama strategik komprehensif Vietnam-China, dan akan terus meningkatkan komunikasi strategik dengan China pada masa depan.

Kedua-dua pihak turut sebulat suara bersetuju untuk menggalakkan pembinaan inisiatif "Jalur&Laluan" (B&R) dan rancangan "dua koridor satu lingkaran", selain mengintensifkan kerjasama dalam bidang pelaburan, kapasiti industri, prasarana dan Zon Kerjasama Ekonomi Rentas Sempadan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China