Cari:
Festival Malaysia 2017 di Beijing
2017-04-22 12:22:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Festival Malaysia 2017 anjuran Persatuan Pelajar Malaysia di Beijing (AMSIB) yang bertemakan "Inilah Malaysia, Selamat Datang ke Rumah Saya" telah berlangsung dengan meriah di kampus, Beijing Language and Culture University (BLCU) pada 22 April ini.

Para tetamu dan pengunjung mendekati dan menghayati budaya dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia dengan menyertai siri aktiviti dalam festival kali ini yang melibatkan pertunjukan kesenian dan pakaian tradisional yang menarik yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Beijing, di samping mengambil bahagian dalam interaksi permainan serta mencuba makanan dan minuman yang istimewa dari Malaysia.

Festival kali ini turut menarik kedatangan ramai penduduk tempatan, pelajar dan rakyat Malaysia di Beijing, serta pelajar negara lain yang berada di Beijing.

Festival Malaysia yang dikenali sebagai Festival Kebudayaan Malaysia sebelum ini pernah dianjurkan oleh AMSIB di BLCU pada 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China