Cari:
Filipina Tingkatkan Kawalan Keselamatan
2017-04-24 11:31:12 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN ke-30 akan diadakan di Manila, Filipina pada 26 hingga 29 April ini. Kerajaan negara itu telah mengambil beberapa tindakan untuk meningkatkan penjagaan keselamatan bagi memastikan sidang kemuncak ini dijalankan dengan lancar.

Tindakan penjagaan keselamatan sempena Sidang Kemuncak ASEAN dirasmikan di pusat bandar Manila semalam. Kira-kira 9,000 anggota tentera, polis dan pengawal pantai telah menyertai majlis perasmian itu.

Difahamkan, kerajaan Filipina akan menempatkan 41 ribu anggota pengawal keselamatan sempena sidang kemuncak tersebut. Antaranya 26 ribu polis akan menjalankan tugas di kawasan sekitar Pusat Persidangan Antarabangsa, selain 14 buah kapal dan 200 orang pengawal pantai akan meronda di kawasan perairan di Teluk Manila.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China