Cari:
Latihan Tentara Filipina-AS Pada Mei
2017-04-25 14:37:05 CRI Cetak

Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Filipina semalam mengumumkan kedua-dua negara akan mengadakan latihan tentera "Shoulder to Shoulder" pada bulan Mei nanti. Latihan tentera selama 12 hari ini akan mengutamakan tiga aspek iaitu bantuan kemanusiaan, penyelamatan bencana dan antikeganasan.

Menurut kenyataan tersebut, latihan tentera pada tahun ini akan diadakan di beberapa tempat di Pulau Luzon, utara Filipina dan kawasan Visayan, tengah Filipina pada 8 hingga 19 Mei nanti.

Pihak tentera Filipina mendedahkan bahawa Australia dan Jepun akan menghantar tentera untuk menyertai beberapa acara utama dalam latihan tentera kali ini. Sementara itu, pasukan tentera negara lain juga dijembut untuk terlibat dalam latihan ini sebagai pemerhati.

Latihan tentera bersama ini diadakan buat kali pertama sejak Rodrigo Duterte menjawat Presiden Filipina pada Jun tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China