Cari:
Makmal Keselamatan Makanan Pertama di Laos
2017-04-26 14:40:55 CRI Cetak

Makmal keselamatan makanan pertama di Laos ditubuhkan di Vientiane Isnin lalu, bagi memantau kualiti dan keselamatan makanan di negara itu.

Menteri Kesihatan Laos, Bounkong Sihavong menyatakan dalam upacara perasmian makmal tersebut bahawa makmal baharu ini akan memainkan peranan penting dalam bidang penyeliaan kualiti makanan dan pencegahan penyakit berjangkit.

Sebelum ini, kawalan keselamatan makanan di negara itu bergantung kepada sistem kesihatan negara jiran, dan penyakit berkaitan sumber makanan kerap berlaku. Makmal yang baharu itu akan berfungsi untuk menyelia dan menganalisis penyakit seumpama itu serta kuarantin makanan dalam pasaran domestik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China