Cari:
Kempen Banteras Dadah Filipina Berkesan
2017-05-03 15:29:31 CRI Cetak

Kempen membanteras dadah yang dilaksanakan oleh kerajaan Filipina sejak Julai lalu sangat berkesan.

Demikian dinyatakan Ketua Agensi Antidadah Filipina, Isidro Lapena semalam.

Isu dadah merupakan masalah serius yang dihadapi oleh rakyat Filipina.

Sejak kerajaan Filipina melancarkan "perang antidadah" pada bulan Julai tahun lalu, agensi-agensi yang berkenaan telah melaksanakan kira-kira 53 ribu operasi, selain menangkap lebih 60 ribu penjenayah dan merampas dadah.

Sebanyak 1.27 juta penagih dadah telah menyerah diri kepada polis, manakala indeks jenayah di Filipina dilaporkan menurun 28.57 peratus.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China