Cari:
ASEAN Masih Hadapi Cabaran
2017-05-04 15:20:02 CRI Cetak

Pembangunan negara-negara Asia Tenggara dalam tempoh 50 tahun lalu telah berjaya mewujudkan keamanan dan kemakmuran serantau, yang bukan sahaja memberikan manfaat kepada 10 anggota ASEAN, malah rakyat di negara-negara sekeliling yang mewakili hampir separuh penduduk dunia.

Demikian dinyatakan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi dalam rencana yang disiarkan dalam akhbar Kompas bersempena dengan ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN pada 6 Ogos tahun ini.

Menurut rencana itu, negara-negara ASEAN tidak boleh terlalu berpuas hati dengan kejayaan yang telah dicapai dalam tempoh 50 tahun yang lalu.

ASEAN masih menghadapi cabaran dan kesukaran dalam memelihara keamanan dan kemakmuran berikutan faktor ketidaktentuan yang wujud dalam lingkungan sejagat.

Menteri Luar Indonesia turut menjelaskan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ASEAN pada masa akan datang.

Pertama, ASEAN perlu dimodenkan dan mempunyai Sekretariat ASEAN yang lebih efisien dan kuat.

Kedua, ASEAN perlu mengamalkan konsep mengutamakan kepentingan rakyat dan berusaha mengurangkan jurang perbezaan pembangunan antara negara anggota.

Ketiga, negara-negara ASEAN perlu meningkatkan sinergi dan perpaduan antara satu sama lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China