Cari:
Filipina, Rusia Meterai Perjanjian Kerjasama Ketenteraan
2017-05-05 13:59:25 CRI Cetak

Filipina bakal memeterai perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia pada bulan ini.

Demikian dinyatakan Menteri Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana semalam.

Menurut Lorenzana, dalam tempoh lawatan Presiden Rodrigo Duterte ke Rusia, beliau akan memeterai perjanjian rangka kerjasama ketenteraan dengan Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Shoigu, sekali gus menetapkan rangka kerja perkembangan hubungan pasukan tentera kedua-dua negara.

Tambah beliau, selepas perjanjian itu ditandatangani, pihaknya akan mempertimbangkan secara serius segala kelengkapan dan peralatan tentera yang boleh disediakan oleh Rusia kepada pasukan tentera Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China