Cari:
ASEAN+3 Bincang Situasi Ekonomi Makro
2017-05-06 15:14:45 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (ASEAN+3) Ke-20 telah diadakan di Yokohama, Jepun pada 5 Mei lalu.

Antara topik perbincangan utama dalam mesyuarat itu termasuk situasi ekonomi makro global dan serantau serta kerjasama kewangan ASEAN+3.

Para peserta berpendapat bahawa ekonomi global kini menunjukkan trend perkembangan yang positif, dan negara-negara ASEAN+3 berjaya mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Namun, fahaman perlindungan perdagangan didapati semakin menonjol.

Mereka berjanji untuk memanfaatkan pelbagai alat dasar, termasuk dasar kewangan dan pembaharuan struktur bagi memastikan pertumbuhan yang konsisten, seimbang dan inklusif.

Di samping itu, pelbagai pihak turut menegaskan pentingnya sistem perdagangan dan pelaburan mutilateral yang bersifat terbuka dan berperaturan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China