Cari:
Projek Penapisan Minyak Yunnan Beroperasi
2017-05-08 15:57:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Projek penapisan minyak di provinsi Yunnan, China, salah satu komponen utama dalam pembinaan saluran paip petroleum dan gas asli China-Mynamar telah memasuki fasa pengeluaran secara menyeluruh pada 6 Mei lalu di Yunnan.

Menurut Yunnan Petroleum and Chemical Co.,Ltd di bawah CNPC (China National Petroleum Corporation), syarikat yang menguruskan projek tersebut, jumlah keseluruhan pengeluaran projek itu dijangka akan mencecah 1.3 juta tan setiap tahun.

Jin Yanjiang, pengurus besar syarikat itu berkata, sebagai hab dan pangkalan bagi proses penukaran tenaga, projek penapisan minyak di Yunnan amat signifikan bagi memastikan keselamatan dan kestabilan operasi saluran paip petroleum dan gas asli China-Myanmar, selain menggalakkan pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China