Cari:
Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan di Brunei Darussalam
2017-05-08 14:17:25 CRI Cetak

Jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Brunei Darussalam telah mengadakan pelbagai aktiviti kebudayaan semalam sempena sambutan Hari Keluarga Kebangsaan ke-6 yang bertujuan untuk meningkatkan keharmonian rumah tangga dan perpaduan rakyat demi keamanan dan kestabilan negara.

Populasi Brunei Darussalam mencatat kira-kira 400 ribu orang dan kadar jenayah pula agak rendah dalam kalangan negara ASEAN.

Sejak tahun 2012, Brunei Darussalam telah menetapkan hari Ahad minggu pertama pada setiap bulan Mei sebagai Hari Keluarga Kebangsaan.

Aktiviti pada tahun ini bertemakan "sayangi keluarga, negara makmur".

Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan beberapa kerabat diraja telah menghadiri aktiviti mengayuh basikal mengelilingi Bandar Seri Bagawan semalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China