Cari:
Singapura Sedia Galakkan Pembinaan Bersama Inisiatif B&R
2017-05-08 14:54:36 CRI Cetak

Duta Besar Singapura ke China, Stanley Loh Ka Leung berkata, Singapura bersedia untuk bersama-sama dengan China dalam usaha menggalakkan pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dari pelbagai aspek.

Singapura adalah antara negara penting yang terlibat dalam B&R.

Stanley Loh, ketika membentangkan hasil Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Dua Hala Singapura-China yang diadakan di Beijing pada penghujung bulan Februari lalu berkata, mesyuarat tersebut amat berhasil, dan kedua-dua pihak berjanji akan meningkatkan kerjasama dalam inisiatif B&R pada masa depan, di samping meneliti semula dan berbincang tentang kerjasama sedia ada antara kedua-dua negara.

Menurut Stanley Loh, B&R telah disenaraikan dalam agenda tetap Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Dua Hala Singapura-China.

Oleh itu, kedua-dua pihak bakal memperkasakan kerjasama berkaitan dengan agenda tersebut, dengan memfokuskan kandungan terperinci kerjasama berkenaan.

Tambah beliau, China berharap agar Singapura melaksanakan projek kerjasama peringkat negara ketiga yang bertapak di bandar Chongqing, China malah memperluas projek itu ke kawasan barat China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China