Cari:
Wawasan 2035 Brunei Selari dengan Inisiatif B&R
2017-05-09 14:45:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Wawasan 2035 yang telah dikemukakan oleh kerajaan Brunei Darussalam pada tahun 2008 merangkumi tiga sasaran utama.

Pertama, rakyat perlu mempunyai pendidikan dan memiliki kemahiran yang mencapai standard antarabangsa menjelang tahun 2035.

Kedua, kualiti kehidupan rakyat memasuki sepuluh negara terbaik di dunia.

Ketiga, pendapatan per kapita memasuki sepuluh negara tertinggi di dunia.

Kerajaan Brunei telah melaksanakan strategi dalam lapan bidang utama dalam usaha merealisasikan wawasan tersebut, antaranya termasuklah pendidikan, ekonomi dan keselamatan.

Pelaksanaan strategi Wawasan 2035 turut mendapat perhatian kerajaan China.

Menteri Luar China, Wang Yi pernah menyatakan bahawa China bersedia untuk menggalakkan penyelarasan antara inisiatif Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 dengan strategi pembangunan Wawasan 2035 Brunei.

Hal tersebut diyakini dapat membantu Brunei mewujudkan kepelbagaian dalam ekonomi, sekali gus memainkan peranan penting di rantau ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China