Cari:
Thailand Harap Tingkatkan Kerjasama dengan Hong Kong dan Shanghai dalan rangka B&R
2017-05-09 13:49:41 CRI Cetak

Forum yang bertajuk "Thailand-Hong Kong-Shanghai, perkongsian strategik dalam rangka 'Jalur dan Laluan' (B&R)" telah diadakan di Bangkok semalam.

Para hadirin telah bersungguh-sungguh mengadakan perbincangan tentang kaedah untuk meningkatkan kerjasama serta usaha-usaha untuk mendorong perdagangan dan pelaburan.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somkid Jatusripitak, ketika menyampaikan ucaptama berkata, selepas China mengemukakan inisiatif B&R, Thailand harus merebut peluang ini untuk meningkatkan pembangunan negara, di samping aktif mendorong dan memperluas kerjasama serantau agar menjadi jambatan bagi kerjasama ekonomi dan perdagangan antara ASEAN dengan China dan mewujudkan situasi saling menguntungkan dan menang-menang.

Menurut beliau, Thailand sedang berusaha membangunkan "koridor ekonomi kawasan timur".

Antara usaha yang dijalankan termasuklah pembinaan infrastruktur seperti landasan kereta api berkelajuan tinggi, lapangan terbang dan pelabuhan serta menggalakkan perkembangan industri baharu, iaitu kenderaan tenaga alternatif, sains dan bioteknologi.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap syarikat-syarikat dari Hong Kong dan Shanghai China juga turut mengambil bahagian dalam pembangunan tersebut, sekali gus membantu Thailand menyelaraskan usaha-usaha tersebut dengan pelaksanaan inisiatif B&R.

Tambah beliau lagi, kerajaan Thailand amat mengutamakan Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R yang bakal diadakan di Beijing. Enam menteri Kabinet akan dihantar untuk menghadiri forum itu.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China