Cari:
Pembangunan Thailand Selari dengan B&R
2017-05-10 14:50:36 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Inisiatif Jalur&Laluan (B&R) telah menjadi "sinar baharu" bagi negara-negara terlibat untuk memperluas kerjasama pada masa depan.

Pembangunan Thailand juga perlu selaras dengan pelaksanaan inisiatif B&R.

Somkid Jatusripitak, Timbalan Perdana Menteri Thailand berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Thailand-Hong Kong-Shanghai, perkongsian strategik dalam rangka 'Jalur dan Laluan' (B&R)" yang diadakan di Bangkok baru-baru ini.

Somkid berkata, Thailand menyambut baik inisiatif itu, malah kerajaan dan seluruh rakyat Thailand pasti akan menyokong dan menumpukan perhatian terhadap pelaksanaan inisiatif tersebut.

Somkid memuji peranan "B&R" kerana inisiatif berkenaan bukan sahaja memanfaatkan negara, bahkan seluruh dunia.

Menurut beliau, bidang pelaburan, perdagangan, dan jumlah pelancong antara pelbagai negara yang terlibat dalam inisiatif tersebut telah menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Hala tuju umpama itu diyakini akan terus berkekalan pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China