Atas undangan Perdana Menteri China, Li Keqiang, rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Sen akan menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa "Jalur dan Laluan" (B&R), di samping mengadakan lawatan rasmi ke China pada 13 hingga 17 Mei ini.
Demikian kenyataan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang semalam.
Menurut Geng Shuang, dalam tempoh lawatan tersebut, Hun Sen akan menghadiri aktiviti utama forum itu dan bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping, Perdana Menteri, Li Keqiang, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Zhang Dejiang dan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Yu Zhengsheng.
Selain itu, Hun Sen juga akan menghadiri Forum Kemuncak Perniagaan dan Pelancongan China-Kemboja.
Geng Shuang yakin lawatan tersebut akan mengeratkan lagi persahabatan tradisional antara kedua-dua negara dan menggalakkan perkembangan Perkongsian Strategik Komprehensif China-Kemboja.