Cari:
Tiga Kes Serangan WannaCry Dilaporkan di Thailand
2017-05-16 11:20:45 CRI Cetak

Pihak berkuasa Thailand telah meningkatkan kawalan keselamatan siber ekoran tiga kes serangan virus WannaCry dilaporkan di negara itu.

Demikian dinyatakan naib jurucakap Jabatan Polis Thailand, Krissana Pattanacharoen semalam.

Beliau mengingatkan para pengguna Internet agar berhati-hati ketika memuat turun dokumen atau membuka emel. Jika telah diserang virus WannaCry, jangan membuat sebarang bayaran kepada penggodam dan segera membuat laporan kepada jabatan keselamatan siber.

Bank Pusat Thailand semalam mengeluarkan kenyataan sebagai berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan serangan virus tersebut di bank-bank atau institusi-institusi kewangan. Kenyataan tersebut turut menegaskan bahawa bank-bank di Thailand melaksanakan langkah keselamatan siber yang tinggi untuk mencegah serangan daripada penggodam, sekali gus menjamin keselamatan maklumat para penggunanya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China