Cari:
Thailand Lebih Pentingkan Kesalinghubungan Serantau dalam Rangka B&R
2017-05-17 15:47:17 CRI Cetak

Menteri Pengangkutan Thailand, Arkhom Termpittayapaisith telah memaklumkan perkembangan semasa penyertaan beliau dalam Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) di Beijing dalam sidang akhbar di kementerian tersebut semalam.

Menurut beliau, Thailand merakamkan ucapan terima kasih atas pelaksanaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) yang dikemukakan oleh China. Dalam rangka B&R, Thailand akan lebih mementingkan pembinaan landasan kereta api dan lebuh raya, sekali gus menggalakkan kesalinghubungan serantau.

Menurut Arkhom, apabila situasi dunia yang kurang menentu pada ketika ini, inisiatif yang mendorong kerjasama pelbagai negara adalah amat penting. Dalam rangka B&R, jalan raya dan landasan kereta api yang menyambungkan pelbagai negara akan mengubah sejarah manusia.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya akan berusaha sedaya upaya menggerakkan projek pembinaan kereta api Thailand-China. Beliau berpendapat bahawa projek tersebut sangat penting kerana akan membawa faedah kepada pembangunan koridor ekonomi bahagian timur Thailand, di samping menyediakan peluang baharu kepada perkembangan perindustrian. Dalam masa yang sama, kereta api Thailand juga akan bersambung dengan Malaysia dan Singapura, yang akan mewujudkan kesalinghubungan Thailand dengan lebih banyak negara ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China