Cari:
China, Filipina Bersama Teroka Sumber Minyak dan Gas Asli
2017-05-19 11:50:12 CRI Cetak

Kerajaan Filipina melahirkan harapan untuk bersama-sama dengan China dalam usaha meneroka sumber minyak dan gas asli di kawasan perairan Laut China Selatan.

Sehubungan dengan itu, Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin menyatakan bahawa pendirian China dalam isu tersebut adalah jelas, iaitu China bersetuju untuk menjalankan penerokaan bersama dengan Filipina sebelum isu Laut China Selatan diselesaikan sepenuhnya, kerana kerjasama bermanfaat kepada kedua-dua pihak.

Mesyuarat Pegawai Kanan ke-14 dan Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama ke-21 Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pelbagai Pihak di Laut China Selatan (DoC) China-ASEAN telah diadakan di bandar Guiyang, provinsi Guizhou China pada 17 dan 18 Mei lalu.

Dalam sidang akhbar semalam, Naib Menteri Luar China, Liu Zhenming berkata, mesyuarat pertama mekanisme rundingan dua hala isu Laut China Selatan China-Filipina akan diadakan hari ini.

Rundingan itu akan melibatkan semua isu yang menjadi perhatian bersama, antaranya termasuk usaha-usaha untuk meningkatkan kerjasama maritim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China