Cari:
Aktiviti Promosi Pelancongan Ais dan Salji di Singapura
2017-05-23 16:25:36 CRI Cetak
Aktiviti promosi "China yang Indah-Pelancongan Ais dan Salji" anjuran Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China (CNTA)telah diadakan di Singapura pada 22 Mei lalu.

Singapura merupakan destinasi ketiga bagi penganjuran aktiviti promosi tersebut yang bertujuan untuk mengintensifkan kerjasama pelancongan antara China dengan negara-negara di rantau Asia Barat dan Asia Tenggara, khususnya negara-negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan".

Kini, pengangkutan termasuk perkhidmatan penerbangan yang menghubungkan banyak bandar China dengan Dubai, Malaysia dan Singapura telah memudahkan perjalanan pelancong.

Selain itu, pelbagai langkah turut diperkenalkan bagi memudahkan pelancong dari segi permohonan visa, logistik dan pembayaran balik cukai.

Seiring dengan pelaksanaan secara berterusannya inisiatif "Jalur dan Laluan", kerjasama pelancongan antara China dan negara- negara terlibat pasti akan terus meningkat ke satu tahap baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China