Cari:
3 Askar Maut Pertempuran di Selatan Filipina
2017-05-24 15:56:16 CRI Cetak

Tentera dan polis Filipina bertempur dengan sekumpulan anggota militan di bandar Malawi, selatan negara itu petang semalam.

Menurut Menteri Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana, insiden itu telah mengorbankan 3 orang anggota tentera dan mencederakan 12 orang lagi setakat ini, selain menyebabkan bekalan elektrik di bandar berkenaan terputus.

Beliau turut menggesa penduduk tempatan tinggal di rumah demi keselamatan diri.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Luar Filipina, Alan Peter Cayetano mendedahkan, Presiden Rodrigo Duterte yang kini dalam rangka lawatan selama empat hari ke Rusia akan memendekkan agendanya dan segera pulang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China