Cari:
75% Staf untuk Projek Paip Pengangkutan Minyak dan Gas Asli China-Myanmar ialah Warga Tempatan
2017-05-26 14:52:59 CRI Cetak
Projek paip pengangkutan minyak dan gas asli China-Myanmar menyediakan banyak peluang perkerjaan kepada masyarakat tempatan. Seramai 75% staf yang bekerja di syarikat mengendalikan projek itu ialah warga tempatan.

Syarikat Petroleum Kebangsaan China(CNPC) mengeluarkan satu laporan di Yangon semalam bagi membentangkan sumbangan projek paip pengangkutan minyak dan gas asli itu kepada perkembangan ekonomi dan masyarakat tempatan dan perlindungan alam sekitar.

Dimaklumkan bahawa projek yang diadakan dengan usaha sama CNPC dengan Syarikat Posco Korea Selatan itu merupakan projek infrastruktur sumber tenaga yang berskala paling besar di Myanmar, yang dilihat bukan sahaja dapat membantu menjana industri petroleum dan gas asli Myanmar, proses urbanisasi yang bersih, tetapi juga membawa keuntungan kepada Myanmar dalam sektor pengangkutan merentas sempadan dan kutipan cukai.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China