Cari:
Penerbangan Terus Kunming-Manila Beroperasi
2017-05-27 16:14:10 CRI Cetak

Penerbangan 8L9583 dari Kunming, China ke Manila, Filipina selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila semalam. Hal ini menandakan laluan penerbangan tanpa henti Kunming-Manila pertama yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan LuckyAir telah dibuka secara rasmi.

Pembukaan laluan penerbangan itu diyakini akan mendorong pertukaran antara kawasan barat daya China dengan Filipina, sekali gus menggalakkan pertukaran antara provinsi Yunnan dengan Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Dimaklumkan, laluan penerbangan itu beroperasi setiap Isnin dan Jumaat. Selain itu, LuckyAir juga akan membuka laluan penerbangan dari Kunming ke Cebu, Filipina pada 1 Jun nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China