Cari:
Najib Seru Umat Islam Tolak Fahaman Ekstrem
2017-05-31 14:38:09 CRI Cetak

Umat Islam perlu menolak segala fahaman eks­trem yang membawa kepada kerosakan seperti memusuhi antara satu sama lain atau mengambil nyawa sendiri atas nama Islam, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Merujuk kejadian pengeboman di Manchester, England dan pertempuran pasukan keselamatan Filipina dengan kumpulan militan di Marawi, Mindanao yang melibatkan rakyat Malaysia baru-baru ini, beliau menyorot antara tonggak Maqasid Syariah adalah memelihara nyawa sendiri dan orang lain.

"Jangan kita lupa, salah satu daripada lima perkara Maqasid Syariah adalah memelihara nyawa, bukan untuk kita membunuh diri kita atau membunuh orang lain.

"Nyawa itu bukan milik kita tetapi milik Allah S.W.T sahaja yang menentukan hendak mencabut nyawa kita atau memanjangkan nyawa kita," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama para ulama, umarak dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di kediaman rasminya Seri Perdana semalam.

Najib turut menekankan betapa pentingnya umat Islam untuk bersatu padu dalam memartabatkan Islam dan menjamin masa depan ummah.

Katanya, penyatuan merupakan asas untuk mencapai segala impian dan cita-cita murni yang mulia kerana agenda memartabatkan Islam tidak mampu dipikul oleh kerajaan sahaja.

sumber: BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China