Cari:
Makmal Terbuka Huawei Bantu Transformasi Digital Thailand
2017-06-02 14:59:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Syarikat teknologi maklumat (IT) China, Huawei secara rasminya membina makmal terbuka global ketujuh di Bangkok.

Pembinaan makmal tersebut bertujuan untuk menyediakan platform terbuka, kerjasama dan inovasi kepada para pelanggan dan syarikat telekomunikasi dan teknologi maklumat (ICT) yang sedang dalam tempoh memulakan perniagaan di rantau Asia Tenggara, sekali gus membantu Thailand mewujudkan transformasi digital.

Majlis perasmian makmal Huawei telah diadakan di Bangkok pada hari itu.

Menurut maklumat Huawei, makmal yang jumlah pelaburannya sebanyak USD15 juta (RM64.17 juta) itu seluas 2,000 meter persegi.

Somkid Jatusripitak, Timbalan Perdana Menteri Thailand dalam ucapan tahniahnya berkata, pembangunan Thailand perlu selari dengan pelaksanaan inisiatif "Jalur&Laluan" (B&R).

Pembinaan prasarana dan maklumat digital dianggap dua usaha yang amat penting dalam proses tersebut.

Beliau berpendapat, pembinaan makmal tersebut bukan sahaja akan memberi faedah kepada pertumbuhan ekonomi digital Thailand, malah kerajaan, korporat, universiti dan institut penyelidikan sains dan teknologi juga dapat meraih manfaat daripadanya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China