Cari:
Laluan Penerbangan dari Guangzhou ke Langkawi, Colombo dan Male
2017-06-03 14:58:14 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Syarikat Penerbangan Selatan China (CSAIR) dilaporkan bakal membuka dua laluan penerbangan baharu, iaitu laluan Guangzhou-Langkawi dan laluan Guangzhou-Colombo-Male dalam masa terdekat ini.

Laluan penerbangan Guangzhou-Langkawi dengan penggunaan pesawat A320 yang dijadualkan beroeprasi pada 11 Jun depan bertolak dari Guangzhou pada pukul 8.00 malam setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu, dan tiba di Langkawi pada pukul 12.00 malam waktu tempatan.

Penerbangan pulang berlepas dari Langkawi pada pukul 1.00 pagi setiap hari Rabu, Jumaat dan Ahad, dan tiba di Guangzhou pada pukul 5.00 pagi.

Sebagai pulau terbesar di Malaysia, Langkawi menjadi hab penerbangan keempat yang dibuka penerbangan langsung dengan China oleh CSAIR selepas Kuala Lumpur, Pulang Pinang dan negeri Sabah.

Kini, CSAIR telah membuka 172 buah laluan penerbangan yang menyambungkan 68 bandar dari 38 buah negara dan wilayah yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif "Jalur&Laluan" (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China