Cari:
Pilihan Raya Wilayah Tempatan Kemboja Berakhir
2017-06-05 11:53:11 CRI Cetak

Pembuangan undi bagi pilihan raya wilayah tempatan Kemboja ke-4 berakhir pada pukul tiga petang semalam waktu tempatan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Kemboja, 86 peratus pengundi telah keluar mengundi.

Kiraan undi sedang dijalankan. Keputusan peringkat awal akan diumumkan pada 4 dan 5 Jun, manakala keputusan rasmi akan diumumkan pada 25 Jun.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan isterinya turut ke pusat pengundian di bandar Takhmau, wilayah Kandal untuk membuang undi pagi semalam.

Dalam pada itu, Pengerusi Kongres Kebangsaan Kemboja, Heng Samrin menggesa pelbagai parti menerima keputusan pilihan raya berkenaan yang bakal diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China