Cari:
Najib Lancarkan Tiga Dokumen Besar RPN
2017-06-08 16:35:13 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan tiga buah dokumen besar di bawah Rancangan Pemajuan Nasional (RPN) untuk mencorakkan pembangunan negara yang efisien dan mampan.

Tiga dokumen berkenaan adalah Rancangan Fizikal Negara Ketiga (RFN ke-3), Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2) dan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPF Desa Negara).

"Penyediaan Rancangan Pemajuan Nasional ini yang selaras dengan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) mempastikan pembangunan berlaku dengan seimbang dan saksama di setiap ceruk tidak kira kampung, desa, mahupun bandar," kata Perdana Menteri ketika berucap melancarkan ketiga-tiga dokumen berkenaan di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengumumkan majlis pelancaran Fasa Dua Transit Aliran Massa (MRT) akan diadakan pada 17 Julai depan.

"Melalui kedua-dua Fasa MRT (Fasa Satu dan Fasa Dua), kerajaan menjangkakan perkhidmatan ini akan dapat memberi manfaat kepada lebih 500,000 penumpang yang menggunakannya setiap hari," katanya. 

sumber: UTUSAN ONLINE

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China