Cari:
China, Singapura Sedia Perkasa Perkongsian Kerjasama
2017-06-13 15:37:10 CRI Cetak

China dan Singapura perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan strategi, sekali gus memperkasakan perkongsian kerjasama dalam segenap aspek.

Dalam pada itu, kedua-dua negara boleh mengintensifkan kerjasama dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) melalui pembentukan platform bagi kesalinghubungan, kerjasama kewangan dan kerjasama pihak ketiga.

Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan demikian ketika mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Vivian Balakrishnan di Beijing semalam.

Tambah Wang, China yakin bahawa Singapura akan menyumbangkan lebih banyak kebijaksanaan dan tenaga demi perkembangan hubungan China-ASEAN dan kerjasama Asia Timur yang sihat dan stabil.

Vivian Balakrishnan menyatakan bahawa negaranya bersedia memperkasakan perkongsian kerjasama menyeluruh dengan China. China diharap memainkan peranan pimpinan lebih besar dalam hal ehwal antarabangsa untuk mendorong proses globalisasi dan integrasi ekonomi serantau.

Singapura bersetuju dengan cadangan membina tiga platform bagi kerjasama China-Singapura dalam rangka B&R, dan bersedia memberi sumbangan tersendiri untuk menggalakkan pelaksanaan inisiatif tersebut.

Singapura juga akan memanfaatkan peluang sebagai penyelaras hubungan ASEAN-China dan pengerusi bergilir ASEAN pada tahun depan untuk menyuntik kedinamikan baharu kepada hubungan China-ASEAN.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China