Cari:
Thailand Buka Portal Promosi Produk, Perkhidmatan Khas
2017-06-16 17:08:00 CRI Cetak

Kementerian Luar Thailand dalam sidang akhbar di Bangkok semalam melancarkan laman web "Cenderamata Thai", iaitu sebuah portal untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan istimewa Thailand dalam bahasa Thai, Inggeris dan Mandarin.

Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Ekonomi Antarabangsa kementerian itu, Arthayudh Srisamoot, portal tersebut akan menggalakkan pembangunan ekonomi Thailand.

Di samping mempamerkan produk pertanian, kesihatan, kesenian, teknologi, perasa makanan, serta perkhidmatan pelancongan, katering dan penginapan, portal itu akan berfungsi sebagai saluran untuk pembelian produk dan perkhidmatan berkenaan.

Selain portal tersebut, kios maklumat layar sentuh juga akan dipasang di kedutaan besar dan pejabat konsul Thailand di seberang laut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China