Cari:
Sanya Perkasa Kerjasama Polis Pelancongan dengan Thailand
2017-06-16 17:51:46 CRI Cetak

Menurut Jabatan Keselamatan Awam Bandar Sanya, China, polis pelancongan China dan Thailand telah mengadakan mesyuarat di Pattaya, Thailand kelmarin untuk membincangkan kerjasama polis pelancongan kedua-dua pihak.

Antara aspek kerjasama yang dibincang dan dipersetujui termasuk penubuhan pasukan polis pelancongan bersama, serta tanggungjawab dan fungsi, bidang kuasa dan pengendalian kes, mod penguatkuasaan undang-undang, perekrutan dan latihan, tugas sukarelawan, dan pengawalseliaan industri pelancongan.

Dalam tempoh mesyuarat itu, Ketua Jabatan Am Polis Pelancongan Thailand, Prasert Ngernyuang menyatakan harapan pihaknya untuk terus memperkasakan kerjasama dengan polis pelancongan bandar Sanya.

Naib Ketua Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China, Wang Xiaofeng pula menyatakan bahawa pihaknya amat menghargai pertemuan dua pihak itu, dan ingin melihat polis pelancongan Thailand meningkatkan interaksi dengan pihak Sanya agar dapat menambah baik pentadbiran dan perkhidmatan berkenaan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China