Cari:
Rondaan Maritim Bersama Indonesia, Malaysia, Filipina
2017-06-20 11:54:58 CRI Cetak

Indonesia, Malaysia dan Filipina melancarkan operasi rondaan maritim bersama di kawasan perairan berhampiran Tarakan, Kalimantan Utara Indonesia semalam dengan tujuan meningkatkan kemampuan memerangi keganasan dan jenayah rentas sempadan di rantau ini.

Majlis pelancaran operasi bersama itu diadakan di atas kapal tentera Indonesia di markas Tarakan dengan wakil dari Singapura dan Brunei Darrusalam turut hadir sebagai pemerhati.

Tentera Indonesia mengeluarkan kenyataan pada hari yang sama sebagai berkata, berikutan ancaman dibawa kegiatan lanun, penculikan, keganasan dan jenayah rentas sempadan yang semakin serius, usaha memelihara kestabilan serantau menerusi operasi rondaan maritim bersama tiga pihak dimulakan pada tahun lalu.

Untuk memudahkan perkongsian maklumat yang dianggap mustahak bagi memastikan kelicinan operasi tersebut, ketiga-tiga negara telah menubuhkan markas bersama di Tarakan, Tawau Malaysia dan Bongao Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China